Friday, August 23, 2013

Ostematrix Shaklee Melegakan Sakit Pinggang Ketika Hamil

Harini, hari ke lima saya makan vitamin kalsium Shaklee atau dipanggil Ostematrik. Hari demi hari sakit pinggang, pinggul dan kaki sebelah kiri saya berkurangan. Tak sangka pulak kesannya seawal  2 atau 3 hari pengambilan. Saya cuba dengan dos yang rendah dahulu iaitu 2 biji sehari sekali makan sebelum tidur. Sebenarnya, dos yang disarankan 4 biji sehari. Boleh diambil 2 biji selepas makan tengahari dan 2 biji sebelum tidur malam.

Gambar: Google
Pada mulanya, saya tak kesahkan sangat pasal sakit ni kerana saya rasakan saya boleh bertahan lagi dengan pengambilan susu. Sampai satu tahap, saya nak bangun dari katil dan ke toilet perlu dipapah oleh encik suami. Nak bersolat pon sakit. Seawal 5 bulan kehamilan dah terpaksa menggunakan kerusi ketika bersolat berbanding kehamilan yang lepas. Ade gak terdetik dalam hati ni, kenapa awal sangat sakit ni. Dah tua ke aku ni. Masa dania dulu kat hujung-hujung baru sakit.

Walau ape pon, kesakitan ni sedikit terubat dengan percubaan kalsium ostemetrik shaklee. Insyallah, saya akan cuba naikkan dos seperti disarankan pada minggu hadapan. Saya berharap, ia dapat membantu saya sepenuhnya dalam masalah ini.

No comments:

Post a Comment