Wednesday, August 28, 2013

Ujian Air gula Untuk Ibu Mengandung

Semalam saya dijadualkan untuk menjalankan ujian air gula untuk ibu mengandung. Ujian ini adalah rutin untuk memastikan saya bukan mengalami kencing manis. Ujian ini adalah rutin biasa untuk ibu-ibu hamil yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi sakit kencing manis atau diabetis. Jika penyakit ini tidak dikawal bagi ibu mengandung, ia boleh mengundang maut pada kandungan. Mungkin, saya akan cuba kupas akan kesan-kesan penyakit ini pada entry yang akan datang.

Ok, kite tuka mode sket gaya saya bercerita ye. More rileks, more santai. Sebab ape tadi series je bunyi? sebab tadi nak share fakta dan sekarang, saya nak cite sket pasal experience saya ke klinik menjalani ujian air gula yang sangat tidak disukai oleh ramai orang. Sebelum pegi, banyak komen2 negetif dari rakan-rakan dan orang lain semasa buat hadiri ujian ni. Rasa nak termuntah dan sebagainya. Mmg meloyakan tekak sebab tak tahan manis kan. Kalo termuntah, kene repat balik test tu. aiyoh... berdebar2 pulak rasa. Sebab saya memang tak suka manis. Tak kurang jugak yang bagi tips untuk elakkan muntah. Ade yang ckp, imagine tgh minum  fresh oren yang sedap. Ada yang ckp, minum banyak2 dan laju2. Ada gak yg ckp, minum tanpa bernafas. Hmm... macamana tu?

Alkesahnya semalam seperti berikut:

8.40 - sampai ke klinik dan terus register.

8.45 - Darah diambil untuk ujian air gula
8.50 - ambik sample air kencing sbb nak wat monthly checkup (consult dengan doc dan scan)
           part ni tak best sebab tpilet tersumbat. Ade plak hamba allah tak dapat nak flush hajat besar die. Terpaksala saya tutup mata je lah sebab takmau queue panjang2.

9.15 - Ujian air gula dijalankan.
Komen: Rasa takla manis gile yang digambarkan oleh orang dan diri sendiri. Rasa die tak la seteruk sangat. Rasa oren2 gitu. Tapi taktau la kot sebab saya minum dengan banyak sekali tanpa nafas sangat. Segelas air gula tu dapatkan habiskan dalam 3 nafas je kot. sbb nak cepat habis la katekan. So, takyahla takot sangat untuk orang yang belum pernah buat ujian ni. Tapi, saya tak pasti kalau klinik goverment macamana rasanye. Saya pegi ni klinik swasta.

9.30 - Consultation hours dengan Doctor dan Scan Baby.

- Keputihan masih ada, tapi masih terkawal
- Doc akan buat refer letter ke specialist untuk check previous scar 1st pregnancy.
- Keadaan baby smuanye normal. Cuma jumlah air ketuban ada banyak sket. Tapi nothing serius.

11.15 - Selepas 2jam. Ambik darah balik untuk kali ke-2

11.25 - Result darah 1:  4.5, Result darah 2: 5 . So saya bebas dari diabetis ketika hamil. :)

Total Kos, RM85.



~ Nurul 101~

No comments:

Post a Comment